Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Australia

TRIP 4 hari 3 malam ke PERTH, AUSTRALIA

So, Kak D nak share sikit info tentang Perth sebab mungkin korang ada yang berminat nak jalan-jalan ke sini.

Kitorang stay kat City Stay Apartment Hotel sangat selesa dan bersih. Antara tempat yang Kak D sempat lawat adalah:

1. Charcoal Chicken Daniella
The most tempted Lamb rib as for me i memang suka makan lamb rib dan kat sini memang murah. It is about AUS21.90 = RM60++ untuk satu full rib yang mana boleh makan 3x bagi Kak D. The chicken grill was also not bad. 5 star for the lamb rib. It is owned by lebanese.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Daniella Charcoal Chicken

2. Pinacles
Makan masa 2jam 30minit daripada Perth untuk ke Pinacles. So sape nak datang ke sini boleh siap-siap bawak bekal sebab kat sini takde makanan halal pun. Sepanjang jalan tu adalah nampak banyak kangaroo mati kena langgar dan mengikut tour guide kitorang dia cakap kangaroo tu terperanjat bila tengok lampu kereta tengah malam so dia akan melompat ke arah kereta. Sebab tu jalan ke Pinacles ni orang tak ramai lalu tengah malam. Jalan pun lurus je, tapi jaga-jaga speed trap ada je.

Cerita sikit pasal Pinnacles ni ada mitos kata ada sekumpulan penduduk kena sumpah jadi batu. Jadi bila perhatikan bentuk-bentuk batu tu memang ada macam-macam bentuk. Kalau mengikut sains pulak batu ni terbentuk daripada hakisan air laut.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Pinnacles

3. Lancelin Sand Dunes
Lancelin adalah pitstop sebelum sampai ke Pinacleskat sini korang boleh main sand boarding. Kos sewa sand board tu dalam AUD10-20.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Lancelin Sand Dunes

4. Caversham WildlifePark
Terletak di Whiteman Park dan jangkamasa untuk lawatan dalam ni dalam 3 jam dan kalau nak best tak sibuk ramai orang korang kena pergi awal sikit. Kangaroo pun masih lapar kalau pagi-pagi. So seronok bagi makan. Kalau datang lambat kangaroo pun jual mahal.

Ada banyak attraction jugak kat sini, paling best Molly’s Farm ada sheep and dog show. Yelah kita kan jakun tak pernah tengok bulu biri-biri tebal kemain.

Ada macam-macam la binatang pelik-pelik dalam ni Wombat, koalas dan lain-lain.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Caversham Wildlife Park – kat bahagian depan pintu masuk

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia

5. Freemantle
Tempat yang korang selalu tengok dalam drama melayu. Memang ramai melayu pon kat sini.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Makan kat Freemantle yang banyak orang melayu tu.

6. Freemantle Market
Tempat shopping souvenirs dan ada satu kedai paling murah kat situ nama Megabes own cina singapore.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia

7. Monument Hills.
Ada monument jela tempat peringatan lepas tu ada padang luas berlatarbelakangkan pelabuhan.

8. Kingspark
View sangat cantik kat sini. Cun lah ambik gambar pastu boleh buat video guling-guling atas padang hijau.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Kingspark

9. Blue Boat House
Masa kak d pergi tu dah petang so kena beratur nak ambik gambar sebab ramai orang.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Blue Boat house

10. Araluen – Tulips🌷.

Tiket AUD10 seorang so dalam RM30. Best jugak untuk sesape yang sukakan bunga esecially tulips. Tapi dia ada musim jugak waktu dia kembang dan cantik macam sekarang tengah berkembang mekar.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Araluen – tempat tulips

Pasal sewa kereta kat sini haritu kawan kitorang sewa dalam AUD25 je sehari kereta kecik boleh naik 4 orang okaylah kan dalam RM70++ sehari.

Tiket flight ke Perth kalau Air Asia baru dalam RM500++ tak silap, Kak D pergi free jer sebab dapat reward kan.

So, kesimpulannya Perth ni bandar yang tenang. Takde bad trafik. Kedai pun tutup awal, dalam jam 5pm dah tutup semua so agak kurang night life. Siapa yang nak relax, easy dan smooth sesuai la datang ke sini. Bukan satu bandar yang hectic.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Fish & Chips sedap dalam AUD17 tak silap.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
View Perth from above the sky
Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Lautan Hindi
Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Nasi lemak Perth
Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Lamb Rib mengancam siot. Sampai sekarang masih teringat-ingat. Satu keping lamb sahaja dalam AUD21.9 so dalam RM60++ . Berbaloi-baloi. Memang ramai orang makan kat sini.
Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Mirabooka – shopping groceries halal kat sini
Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia
Ni rumah kitorang duduk berdua je tapi ada dua bilik.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia Wanita Ini Kongsi Pengalaman TRIP 4 hari 3 malam Beliau Ke Perth,Australia

Okay sekian, heheh. Siapa nak share silakan. Kot nak tag suami ajak jalan-jalan ke sini kan.

#KakDAroundTheGlobe

Sumber: Diyana MJ

Anda Mungkin Suka Artikel Ini11 Tips Cari Homestay Murah Di AirBnB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here