mango float dessert

Resepi Mango Float Dessert Yang Sedap Semudah Kek Batik Sahaja

Resepi Mango Float Dessert Yang Sedap Semudah Kek Batik Sahaja

Kalau sebut ‘mango float’, mesti ramai yang terbayang minuman ala ice blended yang berperisa mangga. Tapi ini lain. Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, ianya dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim. Tapi versi mereka ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya.

Dalam artikel ini, kami berbesar hati kerana Puan Idah Hussein sudi berkongsi hasil air tangan beliau yang cukup unik. Biasalah, bulan puasa begini memang selera macam-macam. Siapa yang suka masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk di perut, anda mesti cuba!

RESEPI ‘MANGO FLOAT DESSERT’

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
  • 200 gm cream cheese
  • 1/2 peket biskut cream cracker
  • 4 biji mangga (dihiris memanjang)
  • 2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
  • Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian
  • Aluminium foil
  • Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

Resepi Mango Float Dessert Yang Sedap Semudah Kek Batik Sahaja

CARA-CARA

1. Putar / Blender

Putar whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tak ada mixer, boleh juga guna blender. Tunggu hingga kembang dan sebati.

Resepi Mango Float Dessert Yang Sedap Semudah Kek Batik Sahaja

Foto Kredit: tutorialgeek.com

2. Sediakan Loyang

Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Nak gunakan bekas lain tanpaaluminium foil pun boleh.

3. Rendam Biskut

Rendam biskut dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.

Resepi Mango Float Dessert Yang Sedap Semudah Kek Batik Sahaja

4. Lapiskan Dengan Cream Cheese

Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.

5. Aturkan Hirisan Mangga

Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 3-5 hingga habis.

6. Topping

Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi.

Beginilah hasilnya.

Resepi Mango Float Dessert Yang Sedap Semudah Kek Batik Sahaja

7. Sejukkan

Akhir sekali, sejukkan di dalam freezer selama sekurang-kurangnya 3 jam, dan selepas itu mango float bolehlah dihidangkan.

Inilah rupanya selepas dikeluarkan dari freezer dan dipotong-potong. Terliur kan?

Nota: Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang.

Resepi Mango Float Dessert Yang Sedap Semudah Kek Batik Sahaja

NIKMATNYA DIMAKAN SEJUK-SEJUK!

Memang seronok kalau sesekali dapat hidangkan menu yang lain daripada lain untuk keluarga. Anak-anak pun confirm suka.

Jadi lepas ini jangan lupa cuba resepi mango float dessert yang sangat mudah dan begitu menyegarkan. Sesuai juga untuk dijamu semasa open house, potluck, dan sebagainya. Oleh kerana ada rasa lemak manis dan masam-masam buah mangga, mesti tak bosan memakannya.

31 COMMENTS

  1. mango float desert is my fave food . hehe . sedap sangat mango float ni . rugi tau sapa tak makan . boleh tak saya nak share recipe awak ni . nak try la . 🙂

  2. mango float desert is my fave food . hehe . sedap sangat mango float ni . rugi tau sapa tak makan . boleh tak saya nak share recipe awak ni . nak try la . 🙂

  3. Wow…menariknya.rasanya klu buat ni, x sempat nak sejuk dlm peti dah ada yg korek dgn jari..hahaha anak2 mmg suka ape2 yg dibuat dgn cheese…tq for good sharing

  4. ya Allah sedapnya ! nampak mengiurkan betul. airah dah la memang suka buah mangga ni mesti rasa dia lebih kurang macam kek sr yang fruitylicious ke apa tu kan hihi balik nanti kena buat

  5. Mudah rupanya nak buat. Bolehlah cuba buat untuk minum petang nanti. Bahan-bahan pun simple dan mudah nak dapat kat pasar raya. Tak sabar pulak nak cuba. Terima kasih kongsi resepi ni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here