Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

“Nak bawa apa untuk jamuan potluck dekat pejabat esok ye? Kalau boleh nak yang senang buat, mudah pek dan senang nak hidang. Hmm… Sebelum ni dah bawa kek batik, ingat nak cuba yang lain sikit pulaklah.”

Sesekali memang teringin nak makan pencuci mulut yang enak. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak baking kalau tak ada skill. Nanti dah penat buat tak jadi pula. Dah kempunan dibuatnya…

Tapi mesti ramai yang pandai dan suka buat kek batik sebab ianya amat mudah. Tak perlu sukatan tertentu, tak perlu mixer, dan tak perlu oven. Kalau nak sedikit kelainan, cuba buat kek batik versi cheese yang orang panggil cheesekut ini. Jom cuba resepi yang disumbangkan oleh Mazzakiatul Afifa ini, memang lemak berkrim!

RESEPI CHEESEKUT BANJIR LELEH YANG PALING SIMPLE & SEDAP

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • 250g cream cheese Tatura
  • *Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)

Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

CARA-CARA

1. KISAR BAHAN

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.

Nak guna mixer pun boleh.

Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

2. RENDAMKAN BISKUT

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.

Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

3. LAPIS-LAPISKAN

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.

Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. LETAK TOPPING

Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.

Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

5. SEJUKKAN

Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!

Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja!

SIAP UNTUK DINIKMATI

Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.

Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here