sindrom-stevens-johnson

Sindrom Stevens-Johnson adalah sindrom serius yang memberi radang pada kulit, membran mukosa, sekitar alat kelamin, dan mata. Membran mukosa adalah lapisan lembut dari lapisan yang melapisi sistem pencernaan dari mulut hingga ke anus, serta saluran organ reproduksi dan bola mata.

Sindrom ini umumnya muncul akibat reaksi tubuh terhadap ubat atau infeksi. Individu yang terkena sindrom Stevens-Johnson memerlukan rawatan segera, serta harus menjalani rawat susulan di hospital.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, dari tahun 2000 hingga 2013, sebanyak 34 kes diterima berkaitan kesan melecur sehingga menampakkan daging pada seluruh muka dan badan selepas dirawat dengan ubat yang salah.

Penyakit ini berlaku kepada setiap individu yang mempunyai tahap sensitif pada benda asing yang berbeza.  Pesakit yang mengalami Steven Johnson Syndrome ini akan mengalami tanda-tanda seperti bintik-bintik, lepuh berair, demam, letih badan serta sakit tekak.

sindrom-stevens-johnson

sindrom-stevens-johnson

Antara ubat-ubat yang boleh mengundang kepada sindrom ini adalah seperti:

  1. Allopurinol
  2. Diclofenac
  3. Etravirine
  4. Isotretinoin aka Accutane
  5. Fluconazole
  6. Valdecoxib
  7. Sitagliptin
  8. Oseltamivir
  9. Penicillins
  10. Barbiturates
  11. Sulfonamides
  12. Phenytoin
  13. Azithromycin
  14. Oxcarbazepine
  15. Zonisamide
  16. Modafinil
  17. Lamotrigine
  18. Nevirapine
  19. Pyrimethamine
  20. Ibuprofen
  21. Ethosuximide
  22. Carbamazepine
  23. Nystatin

Perkongsian daripada ibu ini sangat meruntun hati sesiapa sahaja yang melihat keadaan anaknya yang mengalami sindrom Steven Johnson baru-baru ini.  Diharap adik Khairi akan sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusannya.  Semoga perkongsian ini bermanfaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here