Menjadi seorang yang kita impikan merupakan cita-cita setiap insan.Namun di sebalik keputusan yang telah dibuat,pasti ada pro dan kontranya.

Begitu juga dengan Syedewa,seorang jurusolek sepenuh masa yang berkongsi kebenaran pahit dan manis beliau sebagai jurusolek sepenuh masa baru-baru ini di laman facebooknya.

PhD or Makeup Artist?

Sumpah ini adalah benda yang paling Syedewa tak suka bila kena buat keputusan. so Syedewa buat list apa yang Syedewa rasa akan berlaku kalau Syedewa tak berjaya dalam industri makeup and berjaya.

Kalau sambung PhD…

(Best)
1. Syedewa akan happykan family
2. boleh jadi lecturer
3. bangga sebab ada title Dr.
4. lecturer & supervisor best (Prof Badrul Munir Mdzainl)
5. kajian PhD tu rare and tak ada orang buat lagi.

(Tak best)
1. another 3/4 years baru boleh kerja and dapat stable income (27/28)
2. belum tentu akan dapat kerja sebab jawatan lecturer pun agak limited
3. bukan my dream job sangat just sebab for the sake of nak sambung sebab lebih secure

Kalau jadi makeup artist..

(Best)
1. sebab masa tu memang minat sangat
2. ada flexibility masa
3. ada income masyuk juga time tu
4. ada Nuex Rosli yang boleh geng sama-sama
5. boleh buat bisnes one day

(Tak best)

1. Mati?? tak mungkin! sebab Syedewa bukan nya bekerja dalam sektor yang berisiko sampai mati

2. terkubur impian nak jadi Dr falsafah >> tak pa ada masa lagi nak study anytime pun boleh

3. tak da job dan hidup serba kekurangan >> inshaAllah tak sebab dah ada saving sikit, ada Bff Nuex Rosli (tak kan dia nak biaq member dia kebulur?? and Syedewa tau dia always there for me and Syedewa bersyukur juga sebab Syedewa ada kawan yang macam dia) and ada family juga lah yang akan support

4. kalau tak da rezeki juga after 2/3 tahun Syedewa ada degree and master so minta jerlah kerja kat mana-mana or sambung je belajar

5. malu sebab tak berjaya >> tak pa lah malu kejap ja. lama- lama orang lupa

6. tak pernah ada pengalaman bisnes, so mungkin akan hura hara life > tapi tak pa boleh belajar slow slow.

So, Syedewa pun buat keputusan!

Berenti dulu PhD and buat Makeup sebagai kerjaya. sebab Syedewa rasa kalau Syedewa tak amik risiko tu, tak mungkin Syedewa boleh tau potensi dalam diri Syedewa.

Tapi masa nak amik risiko tu memang Syedewa dah prepare back up plan macam savings, degree dan family support. so Syedewa tau kalau ada apa-apa terjadi Syedewa ada benda yang nak support.

So if sapa-sapa ada dream nak jadi makeup artist or apa-apa kerja yang perlu buat decision making, boleh try list kan best and tak best. dan kalau minat sesuatu tu just try ja dulu.

Try ja lompat setinggi yang boleh, baru kita tau kita boleh terbang or kita jatuh tersungkur. kalau jatuh boleh bangun tapi kalau tak try kita akan menyesal sebab kita tak tau kita boleh terbang tinggi.

Sumber: Syedewa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here