Ladang Bunga Matahari Di Perlis, Destinasi Percutian Terindah

Siapa sangka bahawa di Perlis juga terdapat ladang bunga matahari persis seperti di Thailand. Mesti anda berasa teruja bukan?

Anda kini tidak perlu ke Thailand semata-mata hanya untuk jelajahi ladang bunga matahari. Anda boleh singgah ke Perlis untuk merasai pengalaman yang sama seperti berada di Thailand.

Ladang bunga matahari di Khao Thanan, merupakan salah satu tarikan pelancongan di Satun Geopark.Mengambil contoh ini, Sungai Batu Pahat di Perlis turut berpotensi diwujudkan sebuah ladang pokok bunga matahari seumpamanya.Cuaca dan landskap semulajadinya mampu menjadikan ladang ini tarikan utama pelancongan negeri Perlis. (PNW News)#sunflowerbed #thungwa #satungeopark #fromPerlisforPerlis #pnwnews

Posted by Perlis Nature and Wildlife on Jumaat, 1 Februari 2019

Untuk pengetahuan anda, ladang bunga matahari ini terletak di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Difahamkan ladang bunga matahari ini baru sahaja dibuka pada bulan Julai 2019 lalu. Bagi anda yang ingin menerokai ladang bunga matahari ini, tiket masuk untuk dewasa adalah RM6 dan RM3 untuk kanak-kanak. Murah, bukan?

Bunga Matahari di Taman Ular & Reptilia, Sg. Batu Pahat.Cantiknya 🌞🌞🌞Kredit : Azmilah Kasim

Posted by PerlisAktif on Sabtu, 1 Jun 2019
View this post on Instagram

My baby my sunshine. 🌻💛

A post shared by Amira Farhana Amri (@_amirafarhanaa) on

Bukan sahaja anda dapat melihat keindahan bunga matahari, tetapi anda juga dapat bergambar tanpa had di sini. Terdapat lebih 150 spesis ular yang anda boleh jumpa di sini.

Tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia, apa kata anda melancong ke seluruh Malaysia? Anda boleh klik pautan di bawah untuk destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here