Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini

Bagi anda yang tercari-cari homestay untuk beristirehat tetapi tidak boleh bercuti lama, anda boleh bermalam di Stayrehat yang berkonsepkan kontena. Menariknya lokasi homestay ini hanya terletak di Kampung Changkat Gombak dan mempunyai kolam renang yang pastinya menjadi highlight dalam setiap pencarian penginapan percutian anda.

Homestay ini tampil dengan konsep kontena yang pastinya akan memberikan anda pengalaman berbeza dari penginapan di hotel atau homestay yang lain. Disamping itu, terdapat kolam renang yang pastinya akan memberikan keseronokkan buat anda yang suka berenang.

Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini
Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini
Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini

Bagi anda yang ingin merehatkan minda dengan membaca buku, terdapat perpustakaan mini di homestay ini dan anda dapat mengisi masa lapang anda dengan tenang. Malah, anda juga boleh berBBQ bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda kerana tempat untuk berBBQ juga disediakan.

Homestay ini memiliki 8 unit kontena dimana harga untuk satu unit adalah RM150 pada hari biasa dan RM180 pada hujung minggu atau cuti umum. Harga bagi keseluruhan unit adalah RM1200 pada hari biasa dan RM1450 pada hujung minggu atau cuti umum. Setiap unit boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini
Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini
Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini
Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini

Stayrehat ini baru sahaja dibuka dan kini bersempena bulan kelahiran pemilik homestay ini, anda boleh mendapat diskaun untuk penginapan anda disini. Sekiranya anda berminat untuk bermalam disini untuk menikmati cuti anda yang tidak lama dan bersuka ria bersama keluarga tersayang, anda boleh hubungi pihak Stayrehat di laman sosial Facebook mereka.

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Nak Rasa Bercuti Berkonsepkan Kampung? Di Keriang Hill, Alor Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here