Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas

Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas

Kenapa Pulau Kapas?

Sesuai untuk holiday yang ringkas, santai, dan kurang penat. Especially bila nak bawak baby kecik bawah 2 tahun! Hehe. Sebab dekat dan boleh impromptu. Boat 15-20mins ja dari Jety Marang. Tak sempat mabuk laut pun Zasss sampai pulau air bersih. Dari centre Kuala Terengganu nak ke marang pun dalam 20 min sahaja. So kalau ampa mai terengganu pastu tetiba rasa nk pi pulau boleh sangat lah. Bawak KFC berkelah pun best. Pi pagi balik petang.

Tapi kali ni kami stay overnight sebab nk bagi baby main pasir and mandi berjemur lama sikit. Pantai bersih, landai ke tengah, tak takut nk mandi dengan baby.

Dan sekarang ni the best season untuk bercuti di pulau Terenganu.

Kami walk in ja. Sampai jety terus ke counter resort/ boat. Sebab dah biasa dengan servis yg sama, kami terus walk in counter “CHALET MAKCIK GEMOK” hujunggg sekali. Counter ni provide boat service dan chalet OMBAK KAPAS (tempat Mat Dan mat salleh tu la)

Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas

Boat paling awal 9am. Kami pi lewat sikit 12pm kali ni sebab nak overnight so tak kalut. RM40/adult utk return boat. Baby below 3 free (ikut size baby la kot). Ada package skali snorkeling just tambah RM10 dari harga boat. Tapi kami tak amek sebab tak mau snorkeling tak da orang jaga baby . Focus nak main pasir and mandi air yang macam Maldives tu ja.

Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas

Chalet harga 100-200 per night. Full board package 1 night RM170/pax include return boat, snorkelling, island hopping, chalet, meal 3x.

Kami tak ambik jugak package. Amek bilik ja siap bawak bekal maggi, dan lain lain untuk mak. Lagi pun tak risau, OMBAK KAPAS CAFE ada. Makanan sedapp, view superb! Breakfast pun sini, lunch pun sini, dinner pun sini.

Bawak cash banyak sikit keh sebab ada anak kecik ni ampa kena lupakan lah hasrat pcutian budget tak masuk akal bawah 100 utk 2 hari . GERAI BURGER pun ada depan cafe ni dah lah burger sedap! Harga RM10 pun kami repeat 3 kali beli .

Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas

Pulau kapas ni cantik, instagram-able, bersih, dan yg paling penting complete semua activity percutian pulau boleh buat kt sini. Umar nak sangat lah naik canoe tapi malang sekali  tak ada infant life jacket, mommy pun tak bawak sebab impromptu trip.

Kami tak hiking bukit singa sebab bawak baby. Tak pi snorkelling sebab tak ada infant life jacket. Memang focus lepak, makan tepi pantai, main pasir, mandi laut, layan baby kecik kami ni main puas-puas and memang happy sungguh la. Malam lepas dinner tu night walk tepi laut, dengar live band, tengok orang main api, pkol 10 dah tido anak-anak kecik kami.

Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Bercuti Ke Pulau Kapas

Memang betul relaxing. Yang penting anak-anak happy. Memang betul percutian anak-anak. Mak tumpang ja.

Contact number boat service/chalet ombak kapas: ‭014 8248 535

Kapas Coral: ‬
https://pulaukapas.com/

Ombak Kapas:
https://ombakkapas.com/

P/s: Jangan lupa bawak sunblock & alovera gel. Sapu alovera gel tu kat kulit baby right after bjemur panas tu, In Shaa Allah kulit tak burn mengelupas.

Lupa nak pesan. Jangan lupa bawak INSECT REPELLENT sebab nyamuk gigit gataiiii! hehe.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here