Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

“Teringin pula nak makan chocolate rice yang dalam bekas tu. Mesti sedap, rangup-rangup, dengan rasa coklat lagi. Tapi nak beli kat mana ye area ni. Selalu nampak orang jual online je…”

Sesekali teringin juga nak makan snek-snek dan makanan ringan begini. Sambil tengok TV atau sekadar melepaskan ‘gian’, choco jar tentu ada peminatnya sendiri.

Sebenarnya mudah saja cara membuat kudapan ini di rumah. Hanya menggunakan 3 bahan ringkas, anda boleh makan puas-puas. Jom tengok resepi perkongsian Eyka Azmiini.

Buat Sendiri Choco Jar Dengan Hanya 3 Bahan, Baru Puas Hati Makan

Hanya 3 bahan yang diperlukan untuk resepi choco jar ini. Mudah sangat!

Bahan-bahan:

  • coklat Cadbury Milk
  • bubble rice
  • minyak masak
  • marshmallow / apa-apa topping (*optional)

Cara-cara

1. Goreng Bubble Rice Tanpa Minyak

Mula-mula, goreng bubble rice tanpa minyak di atas kuali dengan api paling kecil sekali.

Langkah ini penting untuk elakkan bubble rice lemau dan bubble rice akan sentiasa rangup.

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Bagi yang tak tahu, bubble rice begini boleh dibeli di kedai baking atau pasaraya seperti Mydin.

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

2. Cairkan Coklat

Seterusnya, cairkan coklat Cadbury menggunakan teknik double boil.

1 bar coklat Cadbury campur dengan 2 sudu makan minyak masak. Ini untuk pastikan coklat menjadi cair.

Saya tak gunakan coklat masakan atau coklat compound sebab coklat akan keras bila suhu kembali sejuk.

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

3. Masukkan Dalam Bekas

Kemudian, bolehlah layerkan bubble rice dan coklat yang sudah cair di dalam bekas.

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

4. Taburkan Topping

Akhir sekali, taburkan mashmallow di atas atau apa-apa sahaja topping yang anda suka.

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Sedapnya!

Wah, dah siap pun. Beginilah hasilnya. Tengok coklatnya yang melting pun dah rasa terliur.

Cara Buat ChocoJar Yang Mudah Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Lain kali bolehlah cuba di rumah. Senang saja cara membuatnya. Hanya 3 bahan!

1 COMMENT

  1. Saya baru je buat semalam..anak memang suka makan tapi saya tak letak marshmallow. Yang penting kena guna coklat mahal, guna coklat masakan memang tak berapa nak umphh..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here