Selain pantai yang cantik, tahukah anda bahawa utara Thailand adalah destinasi percutian sejuk yang menarik untuk diterokai. Terletak bersempadan dengan Myanmar, Bandar Mae Hong Son adalah lokasi yang mungkin jarang kita dengar berbanding Bangkok, Koh Samui atau Hua Hin.

Ia adalah sebuah kawasan pergunungan dan lembah sejuk yang dilitupi awan. Cuacanya boleh mencecah 2 darjah Celsius tau. Di sini, pemandangannya cukup indah dan mengagumkan, macam dalam poskad tu!

Salah seorang pembaca kami, Hadi Rahim telah berkongsikan pengalaman mereka sekeluarga bercuti ke sana pada Disember lalu dengan membawa kenderaan sendiri. Best sangat tengok gambar-gambarnya.

Jom kita ikuti pengalaman beliau selengkapnya di bawah ini.

PENGALAMAN BAWA KERETA SENDIRI DARI KL KE UTARA THAILAND

Trip ke utara Thailand ni sebenarnya dah lama saya rancang sejak tahun 2017 dan sepatutnya pergi pada Disember 2018.

Tapi ada rezeki yang lebih baik Allah nak bagi, trip ni tunda pada tahun 2018. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. So pengembaraan bermula dengan kehadiran duit kutu akhir tahun 2019 tempoh hari.

Perjalanan ini bermodalkan Thailand Baht 35000 (THB) sebab kadar tukaran memang teruk sekarang ni yang ditukarkan di Mid Valley.

* (35,000 THB bersamaan lebih kurang RM 4,700 untuk kami 5 sekeluarga iaitu 3 kanak-kanak dan 2 dewasa)

01/12/2019 (HARI PERTAMA)

Pengembaraan kami bermula dengan baik di ICQS Padang Besar. Bersama stamping pasport dengan sekumpulan pakcik makcik yang naik bas bagi pakej 10 hari ke Chiang Mai. Semua document clearance berjalan dengan baik. Macam mana nak drive kereta sendiri masuk ke Thailand ?

Saya dah pernah buat entri tentang tatacara untuk membawa kenderaan masuk ke Thailand, boleh rujuk entri yang sebelum-sebelum ni.

Dari ICQS Padang Besar, kami sekeluarga menuju terus ke Prachuap Khiri Khan sebab memang dah tak nak singgah kawasan Selatan Thailand / Hat Yai sebab dah biasa sangat.

Jadi kami berhenti makan di tepi jalan dekat Patthalung dan meneruskan perjalanan hingga ke hotel kat Prachuap Khiri Khan dan bermalam.

Tilam hotel ni keraih nak mampuih, cuma syoknya sebab hotel cantik. Parking kereta pun depan bilik saja.

Penggunaan Petrol : Caltex Ron 97 ( RM 134 ) Caltex Prachuap THB 1000

Hotel : Baan Pak Sukjai / RM 72.98

02/12/2019 ( HARI KEDUA )

Kami keluar dari Hotel pada jam 9.00 pg (waktu Thailand). Singgah bersarapan berat di kedai berhampiran hotel dan terus menuju ke Kanchanaburi dan dalam perjalanan tu sempat la menyinggah di satu dua tempat dalam perjalanan tu:

  • Pantai Prachuap Khiri Khan
  • 1000 Sook
  • Meena Cafe
  • Giant Tree
  • Death Railway

Hari ni nasib tak berapa baik, sebab tayar kereta bocor terkena paku. Nasib baik ada kedai tayar yang masih buka. Selesai tampal tayar terus pegi makan dekat Zubees Halal.

Jumpa satu group student UniMap, buat benchmarking katenye. Balik ke Hotel untuk tido.

Hotel malam ni selesa sikit, ade kolam renang dan terletak tepi sungai Kwai. Memang nampak jambatan keretapi tu. Cantik ! Boleh main basikal pulak tu.

Penggunaan Petrol : Isi pada 1/12/2019

Hotel : River Kwai Bridge Resort / RM 103.30

03/12/2019 ( HARI KETIGA )

Keluar Hotel pada jam 9.00 pg (waktu Thailand) juga. Kira paling awal le tu. Sebab nak tunggu anak-anak bangun, nak bagi mandi bagai.

Kami pergi cari sarapan berhampiran hotel je. Siap sarapan kami menuju ke Mae Sot.

Kami singgah di Thai-Swiss, Magic Mountain, sampai ke Mae Sot masuk hotel, solat dan kemudian terus ke Arokaya Onsen dan park dekat sebelah dia.

Masa sampai pun dah petang so relaks kat hotel. Malam ni guna dapur dia untuk masak.

Penggunaan Petrol : THB 1000 (Kanchanaburi)

Hotel : Baan Pang Pond / RM 55.19

04/12/2019 (HARI KEEMPAT)

Sama juga, keluar hotel jam 9.00 (Thailand), dari Mae Sot terus gerak patah balik pergi Tak.

Main dekat Magic Mountain sekali lagi sebab anak sulung tidur waktu sampai kat situ semalam.

Singgah dekat Soi Muser Tribe Market beli strawberi buat bekalan makan dengan Nutella dalam kereta.

Teruskan perjalanan ke Doi Inthanon semata-mata nak merasa perjalanan melalui puncak gunung-ganang Thailand, memang best.

Suhu siang sekitar 12-17 darjah Celsius saja, so tak sia sia patah balik.

Biasanya orang akan melalui Mae Sariang terus le Mae Hong Son… tapi sebab nak gi berkhemah di Doi Inthanon, dengan gigihnya kami berpatah balik.

Sampai awal kat Doi Inthanon National Park, pergi air terjun dia dan Taman Bunga Diraja katanya.

Lepas tu pegi cari tapak camping, awal-awal tu dia tak bagi masuk… Rupanya kena bayar sewa tapak camping dekat HQ, baru boleh masuk.

Best sangat camping kat sini. TU JA NAK HABAQ!

Ada yang sewa peralatan steamboat dgn BBQ tapi tu lah, tak halal.

Perbelanjaan Petrol : Caltex TBH 900 (Route 1)
PTT Lamphun

Hotel : Camping Mode @ THB 60 & THB 100 for Bed + Pillow

National Park : Adult @ THB 300
Children @ TBH 150
Car @ THB 30

Check out, pegi cari makan dekat area Surat Thani.

Awalnya plan nak ke Koh Samui. Tapi masa kat kedai makan hati dah teringat dekat Malaysia. Cancel dan terus gerak ke Hat Yai.

Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia.

Jumlah Jarak : 5135 KM Perbelanjaan Petrol : THB 10000 Hotel : RM 560.00 ++

MENARIK KAN?

Wah, best berjalan di Thailand! Bawa kereta sendiri pulak tu. Memang jarang dibuat orang.

Apapun, ianya idea yang menarik untuk dicuba. Teringin juga merasa suhu 2 darjah Celsius tu kan? Sesuai sangatlah bagi penggemar alam semulajadi dan mereka yang sukakan cabaran.

Bila bawa kereta sendiri ni pun, dapatlah plan masa ikut kesesuaian keadaan kita, lebih-lebih lagi bila bawa anak-anak.

So, ada yang nak cuba?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here