AirAsia Tawar Kaki Travel Dengan Harga Promosi Bermula Hari Ini

Ini merupakan berita baik buat anda yang gemar melancong untuk merebut peluang membeli tiket dengan harga istimewa. AirAsia menawarkan 1.9 juta kerusi dengan harga promosi istimewa ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa.

Anda boleh membuat tempahan bermula hari ini sehingga 20 Januari 2019 untuk perjalanan segera sehingga 31 Julai 2019 di laman web AirAsia atau aplikasi mudah alih AirAsia.

AirAsia Tawar Kaki Travel Dengan Harga Promosi Bermula Hari Ini

Ahli AirAsia Big boleh menikmati tawaran yang istimewa dari serendah RM19sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi domestik, manakala bagi anda yang bukan ahli, harga tawaran yang diberi serendah RM24 sehala.

Malah, penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Melbourne, Jeju, Amritsar dan Osaka juga tersedia dengan tambang termasuk semua untuk ahli bermula dari RM319, atau terbang dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Bali, Taipei, Amritsar dan Jaipur dari hanya RM599.

Bagi ahli AirAsia BIG, anda boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 920 mata ganjaran BIG di airasiabig.com atau aplikasi BIG Loyalty.

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here