7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu

Musim cuti sekolah hampir tiba, anak-anak juga dah bosan melancong di Semenanjung. Apa lagi, tempah saja penerbangan ke Sabah yang mempunyai banyak tempat pelancongan untuk seisi keluarga. Ini merupakan tempat-tempat menarik untuk membawa keluarga ‘explore’ Ibu Negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu.

1.KAMPUNG BUDAYA MARI-MARI, SABAH

7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu

Sabah mempunyai banyak budaya yang sangat berbeza berbanding di Semenanjung. Untuk dedahkan anak-anak anda dengan pelbagai jenis budaya dan kaum di Sabah, perkampungan Mari-Mari adalah tempat yang sesuai. Bukan itu sahaja, anak-anak juga boleh melihat cara hidup suku kaum Dusun, Lundayeh, Murut, Bajau dan banyak lagi.

1.Harga Dengan kenderaan

Bukan Wargenegara

  • Dewasa: RM 180.00 Seorang
  • Kanak-Kanak : RM160.00 Seorang

Warganegara

  • Dewasa : RM150.00 Seorang
  • Kanak-kanak: RM 120.00 Seorang

2. Harga Tanpa Kenderaan

  • Dewasa : RM98.00 Seorang
  • Kanak-kanak: RM 83.00 Seorang

Kanak-kanak Bawah 4 Tahun adalah percuma.

2.MUZIUM NEGERI SABAH

7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu

Muzium adalah tempat yang sangat sesuai untuk mempelajari sejarah sesebuah negeri dengan lebih dalam. Selain itu, di luar muzium akan memaparkan janis jenis rumah traditional suku kaum orang asli di Sabah.

Harga

  • Warganegara – RM2.00
  • Bukan Warganegara – RM15.00

Warganegara sahaja:

  • Murid beruniform – percuma
  • Orang kurang upaya – percuma
  • Warga emas – percuma
  • Pemandu teksi – percuma

3.WILDLIFE TAMAN LOK KAWI

7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu

Terletak kira-kira 25KM luar bandar Kota Kinabalu, Taman Lok Kawi mempunyai banyak hidupan liar seperti orang utan, gajah Borneo Pygmy, beruang matahari Malayan dan banyak lagi. Di taman ini, anak-anak dapat kenal dan belajar banyak informasi tentang binatang-binatang ini.

Warganegara

  • Dewasa: RM 10.00
  • 3 Tahun – 17 Tahun : RM 5.00
  • Warga Tua (60 Tahun ke atas) dan OKU : Free

Bukan Warganegara

  • Dewasa: RM 20.00
  • 3 Tahun – 17 Tahun : RM 10.00
  • Warga Tua (60 Tahun ke atas) dan OKU : Free

4.BERKELAH DI TANJUNG ARU

7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu

Berkelah di tepi pantai merupakan aktiviti yang sangat sesuai dilakukan bersama keluarga. Sambil menunggu matahari terbenam, anak-anak juga boleh bermain pasir dan air laut.

5.MENAIKI BOT DI KAMPUNG SAMBAH

7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu

Kampung Sambah terletak di Tuaran di mana kira-kira 40 minit dari Bandar Kota Kinabalu. Kampung Sambah adalah perkampungan terapung untuk suku kaum Bajau. Selain dedahkan budaya suku kaum Sabah kepada anak-anak, mereka juga dapat melihat pemandangan kelip-kelip pada waktu malam.

6.’WATER RAFTING’ DI SUNGAI KIULU

7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu
Experience the thrill of riding rapids at Kiulu River.

Aktiviti ‘water rafting’ mungkin terlalu ekstrem buat anak kecil. Jika bermalam di Kiulu Farmstay, mereka mempunyai banyak aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak seperti pancing ikan, menanam padi dan juga menoreh getah.

7.TUNGGANG KUDA DI SABANDAR

7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu

Bandar koboi terletak kira-kira 40 minit dari bandar Kota Kinabalu. Selain menunggang kuda, mereka juga menyediakan kereta-kereta vintaj dan kandang-kandang kayu yang sangat sesuai untuk bergambar.

Kalau Nak Pergi Tempat lagi Menarik Boleh Singgah Sini 66 Tempat Menarik Di Sabah (2019) | Destinasi Terbaik Negeri Di Bawah Bayu

Bandar koboi terletak kira-kira 40 minit dari bandar Kota Kinabalu. Selain menunggang kuda, mereka juga menyediakan kereta-kereta vintaj dan kandang-kandang kayu yang sangat sesuai untuk bergambar.

Best kan 7 Tempat Menarik Untuk Seisi Keluarga Bercuti Di Kota Kinabalu Ni?

*Menarik kan? Pastinya anda akan dapat ‘explore’ banyak pengalaman baru!:)

Korang Mungkin Suka Artikel Ini 7 Tempat Menarik Sekitar Ipoh, No 6 Paling Unik!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here