30 Cara Untuk Rancang Dan Travel Ke Korea Tanpa Tour Guide

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

Bagi anda yang sedang mencari destinasi untuk bercuti tahun ini, anda boleh jadikan Pulau Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi anda yang seterusnya. Persoalan yang akan bermain di minda pastinya kenapa perlu memilih Jeju?

Jeju adalah kepulauan yang terletak di bahagian selatan Korea Selatan yang mempunyai keluasan 1,848km persegi. Jeju adalah kepulauan yang mempunyai iklim 4 musim dan keindahan pulau ini juga berbeza mengikut musim dan boleh kata setiap musim di pulau Jeju ini indah-indah belaka.

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

PEMANDANGAN PANTAI HITAM YANG ‘RARE’ DI JEJU

Jika perlu memilih musim mana yang menarik, saya sarankan untuk pergi ke musim yang tidak ada di Malaysia; ketika musim Bunga (akhir bulan Mac hingga Jun) atau musim sejuk (sekitar Disember hingga akhir Februari). Jeju juga sangat terkenal sebagai destinasi untuk berbulan madu atau honey moon. Jadi anda yang baru berkahwin dan sedang memilih tempat untuk berbulan madu, pilihlah Jeju kerana anda pasti akan suka gila tempat ini!

Menerusi satu trip yang dianjurkan pihak AirAsia X dan Jeju Tourism Organization (JTO), kami berpeluang untuk ke Jeju Disember lalu untuk merasai sendiri pengalaman musim sejuk di Jeju. Apa yang pasti, anda pasti akan tersenyum lebar apabila menjejakkan kaki di Jeju.

Jadi saya akan ceritakan pengalaman sepanjang berada di sana.

1. Udara dan persekitaran Pulau Jeju yang sangat bersih

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

SALAH SATU LOKASI CANTIK UNTUK BERGAMBAR DI CAMELLIA HILL, JEJU

Ini adalah perkara pertama yang saya perasan ketika pertama kali sampai di sini. Bersihnya udara di Jeju! Persekitaran anda rasa nyaman sahaja ditambah lagi dengan suhu sejuk ketika kami sampai. Jalan dan kaki lima memang sangat bersih.

Ketika kami tiba, suhu adalah sekitar 6ºC dan anda perlu membawa baju tebal jika berkunjung ke Jeju sewaktu musim sejuk. Jangan lupa bawa skarf dan glovekerana ianya lebih murah di Malaysia berbanding anda membelinya di sini.

2. Banyak tempat menarik untuk dilawati

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

PERSEMBAHAN AWESOME HOLOGRAM G-DRAGON DI PLAY K-POP

Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Jeju dan jika anda peminat setia muzik K-POP, muzium muzik K-POP, Play KPOP adalah tempat yang anda memang wajib lawati. Di sini anda boleh pelajari sejarah dan perkembangan muzik K-POP di Korea Utara serta melihat dengan lebih dekat pakaian atau kostum yang pernah dipakai oleh artis korea ternama seperti Big Bang, PSY dan ramai lagi.

Paling menarik di Play K-POP ini semestinya persembahan hologram dari the one and only G-Dragon! Memang lain macam persembahan hologram G-Dragon ini dan rasa seperti beliau benar-benar di atas pentas. Melihat persembahan ini saja sudah berbaloi dengan tiket masuk yang dikenakan.

Anda juga boleh bergambar dan memeluk patung teddy bear yang empuk di Teseum atau Teddy Museum. Di sini pengunjung juga dapat mengetahui sejarah patung teddy ini serta membeli patung teddy comel untuk dibawa pulang.

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

SYURGA ‘TEDDY BEAR’ TESEUM, JEJU

Kami juga sangat teruja dengan persembahan sketsa pelukis handalan yang menggelarkan diri mereka ‘The Painters’. Persembahan kumpulan ini memang sangat dahsyat kerana mereka akan membuat persembahan melukis secara livedan setiap lukisan mereka memang sangat unik! Paling saya amazed adalah sewaktu mereka melukis satu imej gergasi. Setiap seorang akan melukis satu panel dan apabila dicantumkan, terhasil imej gergasi Michael Jackson!

Tarikan terbaru dan paling menarik ketika ini semestinya Jeju Shinhwa Worldyang baru dibuka kepada umum akhir tahun lalu. Di sini terdapat taman tema yang menarik untuk anda bawa anak-anak bermain serta buat peminat G-Dragon, ada kedai kopi khas milik G-Dragon yang akan dibuka di sini.

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

PERSEMBAHAN ‘THE PAINTERS’ YANG AWESOME

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

ANTARA TARIKAN DI TAMAN TEMA JEJU SHINHWA WORLD

3. Keindahan alam semula jadi yang awesome

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

Keindahan alam semula jadi pulau Jeju memang unik. Tidak sah kalau anda ke Jeju dan tidak menawan Seongsan Ilchulbong Peak yang merupakan salah satu tapak UNESCO World Heritage di Jeju. Puncak Seongsan Ilchulbong ini terhasil akibat letusan gunung berapi 100,000 tahun yang lalu. Walaupun anda perlu membuat dakian sekitar 20 minit untuk ke puncak, tetapi pemandangan apabila di atas, memang sangat-sangat cantik.

Camellia Hill pula adalah taman bunga yang sangat cantik berkeluasan 172,000 meter persegi. Taman ini mengingatkan saya kepada taman bunga Keukenhof di Amsterdam. Perbezaan utama pastinya jenis bunga yang ada di sini. Di Camellia Hill bunga yang paling prominent di sini adalah bunga ros. Camellia Hill adalah salah satu lokasi Instagram-worthy dan saya jamin, anda akan habiskan banyak masa di sini untuk bergambar.

Last but not least, jika anda mahu rasa bermain salji, anda perlu menempah tiket untuk ke Jeju dari bulan Disember hingga akhir Januari dan pergi terus ke Mount Hallasan. Memang tenang sahaja keadaaan di sini dan sudah tersedia satu laluan khas untuk anda boleh menyusuri hutan di Mount Hallasan ini sewaktu musim sejuk.

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

TREK UNTUK BERJALAN MENIKMATI HUTAN DI HALLASAN KETIKA MUSIM SEJUK

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

4. Cuba sendiri (Do-It-Yourself)

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

Semasa di sini kami berpeluang untuk ke salah satu Tangerine Farm dan cuba untuk memetik buat oren ini sendiri. Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan kerana anda akan diberi satu bakul untuk diisi penuh dan anda buat pembayaran berdasarkan bakul tersebut. Memang manis dan sedap buah oren di Jeju ini.

Bagi golongan wanita, pasti sudah tahu dengan jenama make up Innisfree bukan? Di Jeju, jangan lupa untuk singah Innisfree jeju House kerana di sini, anda berpeluang untuk buat sendiri Sabun mengikut citarasa anda. dan anda juga akan mendapat potongan harga jika membuat pembelian di Innisfree Jeju House ini.

5. Makanan halal

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

Menurut pengurus urusan JTO, Park Hong Bai, pulau Jeju menarik lebih 13 juta pelancong tahun lalu dengan 3.3 juta merupakan pelancong dari luar negara. “Menariknya, Pelancong dari Malaysia adalah kumpulan pelancong luar negara kedua terbesar selepas China,” terang Park Hong Bai.

Dengan peningkatan jumlah pelancong beragama Islam di Jeju, ianya semakin mudah untuk mendapatkan makanan halal di Jeju. Banyak restoran yang sudah menawarkan menu halal kepada pelancong serta anda boleh cari kedai makan yang hanya menawarkan makanan seafood di sini.

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

SALAH SATU RESTORAN YANG MENAWARKAN MASAKAN INDIA DI JEJU

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

SHABU SHABU, ANTARA RESTORAN KONSEP STEAMBOT YANG HALAL DAN SEDAP DI JEJU

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

VADADA CAFE. ANTARA KAFE TERCANTIK DI JEJU DENGAN PEMANDANGAN PANTAI YANG MENGASYIKKAN

Kedai yang kami pergi sepanjang di sini semuanya sedap-sedap belaka dan sihat! Mereka banyak makan sayur dan sup. Salah satu kedai steamboat yang halal dan sedap yang anda boleh pergi adalah Restoran Cheonhaecheon. Di sini, anda akan makan secara buffet dan daging serta ayam yang dimasak di sini adalah halal dan selamat untuk dimakan.

Jika ke Jeju, jangan lupa untuk makan ‘asam pedas’ Korea, Galchi. Memang sedap! Jika anda ke Jeju dan masuk ke restoran mereka, cuba tunjuk gambar ikan ini dan pesan hidangan ini. Saya yakin ada pasti sukakannya.

 

6. Ruang solat

Kebanyakkan hotel dan tempat tumpuan pelancong seperti PLAY K-POP kini turut menyediakan tempat khas untuk pelancong beragama Islam untuk menunaikan solat. Disebabkan pertambahan pelancong beragama Islam ke pulau Jeju, mereka kini lebih peka dan sangat prihatin dalam menyediakan ruang solat yang selesa kepada pelancong Muslim.

Panorama Gunung Hallasan yang diselaputi salji dan laut biru pulau Jeju memang pandangan yang tidak dapat dilupakan. Jika dahulu mungkin sedikit sukar untuk ke Jeju kerana tiada penerbangan terus ke Jeju dari Malaysia. Sekarang semuanya menjadi mudah kerana AirAsia X telah menawarkan penerbangan 4 kali seminggu ke Pulau Jeju.

6 Sebab Anda WAJIB Masukkan Pulau Jeju Dalam List Percutian Anda!

Apa tunggu lagi? Anda boleh mula buat perancangan untuk jadikan pulau Jeju salah satu destinasi wajib anda tahun ini. Tempah tiket anda sekarang di airasia.com dari hanya RM299 apabila anda ke Jeju bermula sekarang sehingga 31 Julai ini.

Percayalah, bila sampai di sini barulah anda akan faham kenapa pulau Jeju ini merupakan pilihan utama penduduk Korea Selatan untuk berbulan madu. Kami jamin anda pasti akan terpesona dengan keindahan pulau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here