4 Lokasi Menarik Untuk 'Short Getaway' Dengan Kawan-Kawan!

4 Lokasi Menarik Untuk ‘Short Getaway’ Dengan Kawan-Kawan!

Sedang merancang percutian? Nah, kami ada beberapa idea untuk anda adakan short getaways! Tak perlu pergi jauh-jauh pun.

Nah, cuba tengok senarai di bawah dan usulkan kepada BFF anda.

1. Adeline Villa & Rest House, Gopeng Perak

4 Lokasi Menarik Untuk 'Short Getaway' Dengan Kawan-Kawan!

Bukan sahaja anda boleh menikmati keindahan semula jadi, tapi terdapat pelbagai aktiviti untuk anda cuba. Paling menarik ialah water raftingConfirmkadar adrenalin anda meningkat!

Alamat: 13302, Mukim Kampung Geruntum, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia
Aktiviti: Water rafting, kayaking, jungle trekking
Harga: Bermula daripada RM150 sekepala (termasuk sarapan, makan tengahari dan makan malam)

2. Awanmulan, Kampung Jelebu

4 Lokasi Menarik Untuk 'Short Getaway' Dengan Kawan-Kawan!

Cantik betul view dekat sini. Bagi anda yang hendak bercuti tapi jarak perjalanan anda yang dekat. Sinilah lokasi yang tepat. Nak tahu yang lebih best? Ada 2 buah kolam renang di sini ditambah lagi view hutan menghijau dan juga matahari terbenam. Power!

Alamat: Kampung Jelebu, Seremban
Aktiviti: Swimming sampai lebam
Harga: Bermula RM 400 satu malam

3.Enderong Resort Tanarimba, Janda Baik

4 Lokasi Menarik Untuk 'Short Getaway' Dengan Kawan-Kawan!

4 Lokasi Menarik Untuk 'Short Getaway' Dengan Kawan-Kawan!

Ini juga sebuah lokasi yang best kalau anda nak buat trip team building kerana ada Annex Hall untuk anda berkumpul beramai-ramai. Anda boleh menghirup udara segar pagi di trail Sungai Enderong. Tetapi, kalau nak lebih adventure pun ada juga. Boleh refer terus ke pihak pengurusan Enderong Resort!

Alamat: Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Aktivit: Memanah, jungle trekking
Harga: Bermula RM370 satu malam (termasuk sarapan)

4. Farm Ville Cafe Homestay, Sekinchan Container Hotel

4 Lokasi Menarik Untuk 'Short Getaway' Dengan Kawan-Kawan!

4 Lokasi Menarik Untuk 'Short Getaway' Dengan Kawan-Kawan!

Dikelilingi sawah padi menghijau, sesiapa yang bercuti di sini pasti akan rasa suasana ‘kampung’. Lebih best lagi, semua bilik di sini terdiri daripada container. Lapar? Ha, terdapat pelbagai restoran menarik dengan hanya 5 minit perjalanan!

Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Aktiviti: Kilang padi, melihat matahari terbenam di Pantai Redang, 3D Art Galeri, berbasikal
Harga: Bermula RM 98 satu malam

Jadi tepuk dada tanya rakan mana diantara lokasi ini yang menjadi pilihan. Bestbukan? Ayuh!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here