4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Sudah tentu ada yang tak tahu potensi diri anak. Namun hakikatnya bakat, kepintaran dan kecerdasan secara semulajadi tidak menjamin kejayaan masa hadapan kanak-kanak yang berpotensi tinggi melangkaui rakan-rakan sebaya mereka.

Malah, jika dibiarkan begitu sahaja, ada kemungkinan potensi hebat ini akan hilang sejajar dengan masa atau terbantut kerana tekanan rakan sebaya dan pengaruh tidak sihat nanti.

Jelaslah betapa pentingnya usaha untuk mencari serta membangunkan potensi diri si kecil anda! Konsep ‘potensi’ berasal dari frasa Latin ‘in potentia’ yang membawa maksud ‘daya’, ‘kuasa’, ‘pengaruh’, ‘suatu kemungkinan’ dan ‘sesuatu yang berkemungkinan besar untuk berlaku jika semua pra-syarat telah dipenuhi’.

Ikuti panduan oleh Dr Airil Haimi Mohd Adnan adalah Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal.

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Tip #1: Bakat, kepintaran, kecerdasan berubah-ubah sekitar usia 0-6 tahun

Keanjalan (flexibility) pemikiran kanak-kanak dalam lingkungan usia pendidikan praformal 0-6 tahun bererti bakat, kepintaran dan juga kecerdasan mereka akan sentiasa berubah-ubah ketika mereka mencari identiti diri pada awal usia. Namun, ini tidak pula bererti anda sebagai papa dan mama yang prihatin tidak perlu memberi fokus kepada bakat, kepintaran dan juga kecerdasan si kecil!

Sebaliknya, berikanlah sebanyak mungkin pendedahan kepada si kecil dalam semua bidang, hal dan perkara yang sesuai dengan peringkat umurnya. Dari aktiviti memasak ke melukis hinggalah ke aktiviti menari dan mengaji, setiap pendedahan yang diberikan akan memberi peluang si kecil anda itu ‘berjumpa’ dengan potensi sebenar dirinya.

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Tip #2: Bakat, kepintaran, kecerdasan perlu bimbingan pakar yang sesuai

‘Pakar’ di sini, bukanlah bererti seseorang yang memiliki ijazah kedoktoran atau seorang profesor universiti yang bertauliah. Ambil contoh aktiviti memasak. Jika si kecil anda sebenarnya berpotensi untuk menjadi seorang tukang masak profesional pada masa depan, dia memerlukan bimbingan seseorang dengan nyalarasa (passion) yang tinggi akan aktiviti masak-memasak.

Boleh jadi individu itu mamanya atau pun papanya… atau mungkin kedua-duanya sekali. Tidak mustahil juga nenek atau datuk yang boleh memberi bimbingan terbaik kepada bakal ‘Junior MasterChef’ anda itu. Penyelidikan sains sosial membuktikan manfaat daripada bimbingan ‘pakar’ untuk mengenali seterusnya meningkatkan potensi diri kanak-kanak.

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Tip #3. Mencari dan mengasah bakat, kepintaran, kecerdasan perlu bantuan

‘Bantuan’ yang paling baik sudah tentu datangnya dari guru tadika atau pengasuh di taska si kecil kesayangan anda. Anda mungkin merasakan bahawa anak anda amat cenderung kepada aktiviti menggambar dan mewarna kerana di rumah, melukis menjadi aktiviti yang amat dia sukai.

Akan tetapi, anda mungkin tidak tahu bahawa di tadika si kecil anda, dia amat menyukai aktiviti fizikal yang lasak seperti berlari dan memanjat serta bermain bola kerana aktiviti seperti ini berbentuk sosial dan perlukan rakan-rakan sepermainan. Anak anda melukis sahaja di rumah kerana dia anak tunggal, misalnya! Oleh itu, ambil sedikir masa untuk berbincang dan mendengar pendapat guru, pengasuh dan pembimbing si kecil anda, okay!

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Tip #4. Bakat, kepintaran, kecerdasan akan memperlihatkan kecenderungan diri

Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (gifted and talented) lazimnya akan menunjukkan tahap kecenderungan yang amat tinggi kepada perkara atau kemahiran yang selari dengan minat dan nyalarasa diri mereka. Itu sebabnya kanak-kanak seperti ini menunjukkan tahap perkembangan yang lebih cepat dan sangat maju, berbanding kanak-kanak lain!

Pada masa yang sama, ‘kecenderungan’ si kecil juga akan berubah-ubah. Minggu ini dia mungkin amat suka bermain dengan blok ‘Lego’ tetapi dua minggu lagi dia lebih senang menulis komik dengan penceritaan daripada imaginasi dirinya. Oleh itu, sentiasalah cuba berfikiran terbuka dan perhatikan tahap perkembangan si kecil anda pada tempoh masa yang lebih panjang untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang potensinya.

Kanak-kanak mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi bakat yang terpendam dan juga minat mereka yang kita tidak ketahui. Kita sebagai ibu bapa perlu prihatin serta menyokong minat mereka demi masa hadapan.

RIZQ KIDS Tawarkan My Celebrity ‘Every Kid Born A Star’ Untuk Program Hujung Minggu Kanak-kanak

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

program ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar agar mereka menjadi lebih jadi kreatif serta mendidik dan membantu mereka kearah bidang seni yang sebenar. Bukan itu sahaja program ini dapat melahirkan pelajar berkemahiran dan mendidik pelajar menyintai serta menghargai bidang seni.

Bagi program My Celebrity ini akan dilakukan pada hujung minggu atau cuti sekolah. Jadi program ini tidak akan menganggu pembelajaran mereka setiap hari serta hari bersama keluarga. RIZQ telah menyediakan lima kelas kemahiran yang sesuai untuk kanak-kanak dari umur 6 tahun hingga 12 tahun.

Antara lima program My Celebrity “Every Kid Born A Star” ialah :-

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Kelas Muzik
Muzik dan kanak-kanak memang berpisah tiada. Kelas ini menawarkan peluang kepada mereka untuk belajar muzik dalam persekitaran yang menyeronokkan. Selain itu, mereka akan didedahkan public speaking di dalam kelas untuk memberi ruang kepada kanak-kanak bagi menyampaikan idea mereka kepada orang ramai. Dengan cara ini memberi pendekatan holistik kanak-kanak mengenai kemahiran muzik dalam masa sama kemahiran bercakap depan orang ramai.

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Kelas Animasi
Anak-anak suka dengan seni animasi? Inilah program yang sesuai untuk kanak-kanak belajar membawa watak-watak kegemaran mereka ke dalam kehidupan melalui kuasa animasi. Di kelas animasi para pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan untuk belajar menggunakan teknik seperti mereka bentuk watak, menulis skrip, pencahayaan, muzik dan reka bentuk bunyi yang sesuai.

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Kelas Production Video
Bagi kanak-kanak yang minat sangat dengan menyunting video inilah kelas yang patut mereka ceburi. Di kelas ini mereka akan didedahkan pembuatan filem melalui penulisan skrip, boarding cerita, lakonan, pengarahan, kamera dan pengeditan bunyi untuk membuat filem pendek mereka sendiri. Mereka diberi peluang untuk membangunkan kreativiti masing-masing, menunjukan kemahiran kerja pasukan dan kemarin belajar hidup.

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Kelas Bahasa Mandarin

Dalam dunia globalisai masa sekarang, bahasa asing adalah terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak. Bagi yang anak-anak berminat dengan Bahasa Mandarin bolehlah hantar anak-anak mereka ke kelas ini untuk menguasai bahasa tersebut yang digunakan orang di seluruh dunia. Mereka akan dilatih berunsur publis speaking dalam kelas serta menyediakan ruang kepada mereka untuk menjadi komunikator yang berjaya. Dengan usaha ini dapat mendekatkan kanak-kanak bagi memupuk kemahiran bahasa Mandarin mereka.

4 Cara Cungkil Bakat Anak Yang Tersembunyi

Kelas Coding
Bagi yang minat coding ini harus kita tengahkan di masa hadapan. Untuk kelas coding memberi peluang kepada anak-anak yang minat pada komputer boleh mempelajari CODE. Dengan kelas coding ini boleh menarik minat mereka menjadi seorang programmer yang berjaya. Jadi kanak-kanak dapat belajar cara coding yang mudah dan menyeronokan dengan blok kod visual yang mempercepatkan konsep pengaturcaraan sebenar. Melalui ini mereka diberi tunjuk ajar serta membolehkan pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang ini.

Untuk program ini terdapat 5 kursus dan mengandungi 10 module untuk 3 bulan dari bulan Jun hingga Ogos

Bagi 1 kelas mengambil masa 2 jam untuk pembelajaran bagi Sabtu / Ahad atau cuti sekolah. My Celebrity ini disokong dan kolaborasi bersama RIZQ Islamic School, Finas, Politeknik Malaysia, FDAM, MYSC, PROFIMA dan Persatuan Seniman Malaysia.

Harga pengenalan My Celebrity – TERM 1 (Jun –  Ogos 2019)
-PENDAFTARAN      RM 50.00
-MYC KIT                    RM 45.00
-YURAN 10 KELAS   RM 550.00

Kelas pertama akan berlangsung pada 16 June 2019. Bagi kanak-kanak yang tidak tahu minat mereka bolehlah menyertai trial class pada hari tersebut sebelum memilih program yang mereka inginkan. Progam ini dibuka kepada kanak-kanak sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
RIZQ PRESCHOOL
No 12 Lot 1456
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang
Selangor

Telefon : 03-8912 0447 | 03-8926 0447
Whatsapp : +6018-351 7357
Email : mycelebrity@rizq.edu.my
Website : http://mycelebrity.rizq.edu.my
Facebook : www.facebook.com/mycelebrity
Instagram : www.instagram.com/mycelebritymalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here